KUALA LUMPUR: Individu yang mendakwa dirinya Ketua Ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) akan bertaubat menerusi majlis pengisytiharan Istitabah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Isnin.
Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Sittah Annur, 39, atau nama sebenarnya Masitah Ab Jalar dijadualkan akan mengisytiharkan taubat menerusi majlis yang akan diadakan di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam masjid tersebut kira-kira jam 11 pagi.
Menerusi satu jemputan media yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyatakan majlis akan dimulakan dengan bacaan doa oleh Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah disusuli tausiyyah oleh Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir dan pengisytiharan taubat Sittah Annur.
Majlis akan turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad; Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Abdul Aziz Jusoh.
BACA: Sittah Annur dibebaskan dengan jaminan polis
BACA: Ajaran sesat PMYT: Bukit Aman ambil keterangan 'Sittah Annur'
TERKINI: Sittah Annur isytihar bertaubat
Sinar Harian sebelum ini melaporkan berkenaan seorang wanita yang dipercayai pemilik akaun Facebook Masitah Ab Jalar atau lebih dikenali sebagai Sittah Annur ditahan berhubung penglibatannya dalam ajaran sesat PMYT.
Suspek sebelum ini ditangkap dan direman empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Media.
Bagaimanapun suspek kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman terhadapnya tamat.
BACA: Sittah Annur dijangka isytihar taubat esok
Sinar Harian
Sun Sep 26 2021
Suspek sebelum ini ditangkap dan direman empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Media. - Gambar/ Sinar Harian
Dua anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
Seorang lagi lelaki yang dipercayai suspek juga meninggal dunia dalam kejadian sekitar pukul 2.54 pagi itu.
Penoreh getah menggeletar seluruh badan dimaklum jadi jutawan
Seorang penoreh getah terpilih menjadi jutawan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) bagi tahun ini.
Gen Z mahu aturan kerja fleksibel
Sim berkata, yang penting ialah kerja dapat dilakukan dengan berkesan dan cekap, bukannya dalam jangka masa atau persekitaran ditetapkan.
Kelantan Darul Naim FC, GTR Burger jalin kerjasama pintar
Menurut kelab itu, pihak pengurusan KDN FC diwakili presidennya, Rozi Muhamad manakala GTR Burger pula pengerusinya, Nordin Mat.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
Tinjauan NHMS mendapati 10% rakyat Malaysia tidak dapatkan rawatan atas faktor kewangan
Sebanyak 12.9% melaporkan bahawa ia adalah kerana rawatan terlalu mahal, tidak mampu dibeli, atau kerana kekurangan wang.
Haji: Seramai 5,790 jemaah Malaysia telah tiba di Tanah Suci
Sehingga semalam, 5,790 orang daripada 31,600 jemaah haji Malaysia yang dapat tawaran selamat tiba di Mekah dan Madinah.
Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Perak
106 mangsa banjir dipindahkan ke lima PPS susulan hujan lebat malam tadi di Perak. Credit: JBPM Perak
Banjir kilat di Kulim dan Bandar Baharu
Seramai 133 mangsa banjir kilat dipindahkan ke dua PPS yang diaktifkan di Kedah. - Credit APM Kedah
Seorang maut, nahas tiga lori di Lebuhraya PLUS, laluan arah selatan terhalang
Ekoran kemalangan itu, sebuah lori melintangi jalan dan semua lorong terhalang, menyebabkan aliran trafik terhenti sepanjang 13 kilometer.
Sittah Annur PMYT bertaubat: 'Saya insaf, tiada jalan pintas ke syurga'
Ketua ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT), Sittah Annur mengisytiharkan dirinya bertaubat secara terbuka pagi tadi.
Sittah Annur isytihar bertaubat
Masitah Ab Jalar melakukan pengisytiharan itu di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Sittah Annur dijangka isytihar taubat esok
Individu yang mendakwa dirinya Ketua Ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) akan bertaubat menerusi majlis pengisytiharan Istitabah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Isnin.
Sittah Annur dibebaskan dengan jaminan polis
Ketua ajaran sesat Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) yang dikenali sebagai Sittah Annur dibebaskan dengan jaminan polis, pada Jumaat.
Bukit Aman siasat ajaran sesat 'Perjalanan Mimpi Yang Terakhir'
Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka siasatan mengenai seorang wanita yang dikaitkan dengan ajaran sesat dikenali sebagai 'Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT)'.
SOSMA efektif tangani ajaran sesat - Penganalisis
Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) amat effektif digunakan bagi membendung kegiatan ajaran sesat dan fahaman terpesong daripada menular dalam kalangan masyarakat.
Ajaran sesat PMYT: Bukit Aman ambil keterangan 'Sittah Annur'
Memetik sumber, sepasukan anggota polis dilaporkan mengambil keterangan Masitah Ab Jalar di rumahnya di Selangor.
Polis kesan kumpulan ajaran sesat PMYT dipimpin Sittah Annur
Polis sedang mengumpul maklumat dan mengesan kumpulan Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) yang dipercayai menyebarkan ajaran sesat termasuk didakwa mencetuskan Perang Dunia Ketiga di Sabah.